Thursday, February 16, 2012

Pointer, Anda Sangat Menggerunkan!


Nak menangis aku tengok pointer aku. Dengar-dengar, kawan aku yang Chinese dapat pointer yang baik. Malah, ada yang dapat dekan. Aku? Sekadar 3.04 je. Macam tak berbaloi dengan usaha aku selama ni. Cemburu dengan kawan-kawan aku yang dapat lebih baik dari aku. Apa yang aku target, semua tak mencapai tahapnya. Apa-apa pun, Alhamdulillah, aku perlu bersyukur sebab aku tak dapat pointer 3.00 ke bawah.

Macam yang aku janjikan, inilah result aku :


Bak kata senior aku, bukan senang nak skor A dalam semua subjek. Apatah lagi dapat pensyarah yang strict dan cerewet. Dengan subjek aku yang tak ada final exam, hanya ada final projek je. Semua markah dikira subjektif. Memang susah nak skor kalau tak mencapai tahap yang pensyarah nak. Hurm...

Takpe, mungkin tak ada rezeki untuk aku mendapat dekan semester ni. Aku perlu berusaha lebih kuat lagi untuk semester yang akan datang.

Dan aku telah membuat keputusan untuk mengambil subjek Bahasa Melayu untuk mencukupkan 19 jam kredit. Lepas ni tak ada masa untuk bermain-main dah. Subjek pun semakin berat. =.="


P/S : Nampaknya saya tak dapat kalahkan pointer awak. Saya kena belanja awak makan. Jom makan Teppanyaki!

2 comments:

Kei Seichi said...

xpe..usaha lagi sem depan k?
hehe..nak awak blanje sy macam2.. =P

Halusinasi said...

cis...sy kna belanja gak...hbsla...waaaaa