Pages

About Me



Salam perkenalan semua...

Nordiyana binti Khairudin nama diberi. Akan bertambah tua setiap 23 Januari. Anak Perak yang bakal bermastautin di Pulau Pinang kerana sambung belajar. Akan menjadi sebahagian mahasiswa Universiti Sains Malaysia. Bekas graduan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam kursus Media Digital (Seni Digital).

Selalu mendapat A dalam subjek Matematik dan D dalam subjek Pendidikan Seni. Boleh dikatakan sangat bencikan subjek Pendidikan Seni masa sekolah dulu. Tapi, apakan daya, sudah rezeki dalam bidang animasi + grafik + video. Alhamdulillah. Akan teruskan bidang ini kerana minat yang mendalam.

Sangat sukakan anime! Tak pernah berlekang dengan minat ini sejak Tingkatan 4. Kerana minat ini juga, aku mengambil kursus Media Digital (Seni Digital) di peringkat Diploma. Agak mencabar sebenarnya.

Terbitnya blog ini kerana sokongan kawan. Kawan kata, aku patut kongsikan minat aku tentang anime bersama yang lain. Mungkin akan dapat lebih banyak info-info menarik tentang anime. Ya, memang betul katanya, melalui blog, aku dapat berjumpa ramai kawan yang minat anime. 

Akhir kata, bagi yang follow blog ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Bagi yang singgah ke sini, terima kasih juga...

No comments: