Wednesday, September 5, 2012

Rindu Korang~



(Gambar ihsan dari Penyu)

Ntah bila lagi kita akan jumpa
Yang kita jumpa kali ni pun macam genap setahun yang lepas
Betul tak Aisha Inani? Zila? Penyu? (Penyu tak masuk gambar, sebab dia amik gambar)

Harap-harap lepas ni kita dapat jumpa lagi
Dapat luangkan masa bersama lama-lama k?

Saya amat merindui korang semua!!!

Thursday, August 30, 2012

Temuilah Ayah Saya~



Kau : Kenapa?

Aku : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

Monday, August 27, 2012

Penguat Semangatku


Awak, berikanlah saya semangat untuk tempuhi hidup ini
Semangat yang membolehkan saya bangkit
Tak lemah, bertambah kuat

Awak, jadilah penguat semangat saya
Di kala senang dan susah saya

Saya takut kehilangan semangat tu
Kalau hilang, mungkin saya jatuh
Tak mungkin bangkit kembali

Thursday, August 23, 2012

Spek Baru~


Yeay! Dah ada spek idaman
Besar, petak dan berbingkai hitam
Kata dia, aku nampak comel dengan spek ni
Bagi aku, muka aku nampak kebudakkan, Ahahaha



Mesej Bermakna~


Tahukah awak?
Setiap mesej selamat pagi awak
Membuatkan aku lebih bersemangat menempuh hari yang baru

Tahukah awak?
Setiap mesej selamat malam awak
Membuatkan tidurku makin lena dibuai mimpi indah

Gurindam Jiwa

Terjaga dari tidur, terngiang-ngiang otak aku dengan lagu ini
Indah dan bermakna
Nak nyanyikan untuk dia malam ni
Harap-harap suara tak pecah
Kalau pecah jugak, aku end call dan menyorok dalam selimut