Thursday, February 23, 2012

It's Totally Unfair!


Memang aku kurang jelas dengan cara pensyarah kat sini menggredkan markah kami semua. Yang aku tak faham, orang yang senyap, yang selalu hilang dalam kelas, yang langsung tak buat kerja apa pun boleh mendapat A dalam subjek tu. Sedangkan aku yang submit assignment, datang kelas, outspoken, dapat B sahaja. Aku bukan tak bersyukur dengan markah yang aku ada, cuma aku tak sangka pensyarah kat sini seperti tak pandang orang yang telah berusaha lebih. Bukan aku seorang yang alami perkara ni, ramai lagi yang tak puas hati.

Satu lagi, pensyarah selalu nampak aku ni sebagai orang yang biasa je. Orang yang cantik-cantik, yang menyerlah dalam kelas, boleh plak dia ingat nama. Padahal, orang yang cantik-cantik, mekap tebal lagi tak reti buat kerja! Aku yang dah buat kerja elok-elok pun boleh plak, lupa nama. Mentang-mentang aku hanya berpakaian T-Shirt, jeans, bertudung bawal, pakai selipar je. Fine! Aku memang tak lawa, tak pandai bergaya! Tapi pandanglah bakat aku, not my appearance. At least, janganlah pandang aku dengan sinis.

3 comments:

Kei Seichi said...

awak jangan putus asa k?
sem ni tingkatkan lagi usaha!
buat yang lebih baik, biar mata lecturer awak terbuka luas2..
saya sentiasa ada untuk awak =)

Halusinasi said...

terima kasih awk...^^

kaizen said...

dorg bg lec mkn nasik kang2 kot... huhuhu