Pages

Tuesday, July 5, 2011

Hantaran Mahal Itu Perlu Ke?


Situasi yang selalu aku tengok

Mak Cik X : Nak tahu tak? Anak Gayah tu hantarannya baru RM5000 je. Apasal sikit sangat je?
Mak Cik Y : Ntah-ntah apa yang berlaku ye dak? Cepat benor nak kahwin nye pun.
Mak Cik X : Bukan ke anak Gayah tu ada Degree? Letaklah harga mahal sikit. Murah benor hantarannya tu. Dahlah muka lelaki tu tak seberapa. Anak siapalah tu yek?
Mak Cik Y : Aku pun tak kenal. Agak-agak apalah hantarannya nanti yek? Kalau aku, tak adanya kalau nak bagi anak aku kawen dengan orang begini. Tak jamin masa depan anak aku. Ntah-ntah anak aku makan pasir je nanti. Erghhh...

Biar betul makcik-makcik ni? Pandang harta dan rupa je. Hantaran anak dara orang lain pun berkira plak. Bukan anak dia yang kawen . Letak harga mahal-mahal? Apa kes? Ini jual anak namanya! Biarlah mereka kahwin. Pihak masing-masing dah setuju. Yang penting mereka disatukan dengan cara yang betul iaitu nikah. Jangan pula kahwin dengan hutang keliling pinggang. Disebabkan demand bakal mak mertua yang tinggi, sanggup berhutang sana sini.

Itulah zaman sekarang, pentingkan adat, pentingkan air muka berbanding nasib yang bakal mendatang.

Sepatutnya, ikut kemampuan seseorang untuk buat majlis perkahwinan itu, kan? Kalau kahwin dengan orang kaya, lainlah caranya. Tapi, seeloknya bersederhanalah. Tak perlu nak tunjuk berarak dengan kereta BMW, hantaran RM20,000, baju pengantin rekaan pereka fesyen terkenal dan . Membazir namanya. Membazir itu amalan apa? Hehe

4 comments:

Kei Seichi said...

amalan setan...hehe...
betul2..biarlah sederhana dan tak membebankan...sebab lepas tu nak hidup berkeluarga pulak..lagi nak guna duit kan...kalau tak nanti baru nak start hidup bersama dah dimulakan dengan hutang..tak syok la kan...

Halusinasi said...

betul tu Kei. sangat tak syok bila hidup selalu dibebani hutang. huh, dahla beban hutang belajar tak hbs lagi...

Aujinz said...

Aku nak nikah jer.. tak yah buat grand grand..jimat

boleh?..

Halusinasi said...

haha...ikut ko le...kalau tak ada pelamin pun ok gak..kenduri plak macam mana?