Monday, July 4, 2011

Aku Nak Manjakan Suamiku Melalui Perutnya


Siapa kat sini pandai masak? Dan...Siapa kat sini tak pandai masak?

Erm, korang dalam ketegori yang mana satu? Kalau aku, aku dalam kategori kedua-duanya. Kadang-kala pandai masak macam chef. Kadang-kala aku pun dungu jugak bab-bab memasak ni. Aku bukanlah hebat mana pun. Setakat masakan melayu yang mudah, aku boleh lagi. Kalau ditanya, aku pandai masak Kelempung yang sedap, Chicken Chop, aku akan berterus terang, aku tak reti semua itu. 

Aku akui, aku masih belajar memasak. Dan aku agak terlambat untuk mempelajarinya. Aku baru mula memasak masa aku Tingkatan 5. Baru nak kenal perbezaan senduk dan sudip. Malu kan? Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran Mak, aku boleh memasak sampai sekarang. Takut juga dikatakan sangat dungu untuk handle dapur. Aku pun takut juga berdepan dengan bakal Mak Mertua. Nanti disuruh memasak, aku FAIL. Kempunan aku nak bersuami nanti. Waaa, cuak bila difikirkan. Harap-harap bakal Mak Mertua nanti tak strict sangat. Hehe

Jangan risau wahai bakal Mak Mertua, anak Mak akan kenyang dengan masakan saya. Walaupun tak sesedap mana, tapi masih boleh jaga anak Mak ni dengan baik. Saya janji akan selalu masuk dapur, tolong Mak kat dapur ye^^

Wahai bakal Suamiku, InsyaAllah saya akan memasak makanan yang sedap-sedap untuk awak. Janji awak tak mencari perempuan lain. Tak perlu juga awak makan kat kedai selalu, habis duit awak. Makan je kat rumah, saya dah masakkan. Kalau awak rasa masakan saya tak sedap, jangan komplen tau, puji je sedap. Saya takkan marah awak pun. (Nak jaga hati la ni. Hehe)

P/S : Siapa bakal suami itu? Tak ada lagi weh...Berangan je lebih. Haha

12 comments:

syafiqakarim said...

haha iqa dulu xreti langgggsung
masak.sejak duk hostel da pro
weh. haha. excited nak kawen.
tp calon tade. huhu

eh,masak kan pelisss;p

mr delirium said...

nk ckp awal2..xsedap..hohoho

Halusinasi said...

syafiqa : haha, eksaited nak kawen, calon plak tak ada, bolehlah masak untuk kamu^^

Delirium : aik? kamu penah rasa masakan sy? hehe

Kei Seichi said...

makan yang sedap tapi pastikan jugak berkhasiat...taknak la makan sedap tapi nanti macam2 penyakit dapat kan?
sayang isteri bukan hanya kerana masakan, tapi sayang lebih la kalau masak sedap..hehe...

Halusinasi said...

haha, mestilah beri makanan berkhasiat...nanti suami dapat penyakit, susah hati plak..haha

Kei Seichi said...

hehe..memang tak cari lain macam tu.. =)

azwaazliza said...

wah masak utk suami.....bila la akan tibe masa tu.....nk berangan cam diyana gak la....mak mertua suh masak senang je g masak..xder terkial2 t...heheh

kaizen said...

gambate!!!

Cik Nurul Iqa said...

amboi, nak kawen dah.
haha jangan lupa jemput BP.

Halusinasi said...

Kei : tak cari lain? hehe

Azwa : betul tu, tak terkial-kial nanti..huhu

kaizen : berusaha jugak^^

Iqa : hehe mesti jemput nye...kawen belum lagi..berangan je baru..haha

Aujinz said...

keh keh keh..

aku nak masakkan untuk binik aku..
....time aku rajen..

Halusinasi said...

haha, time ko malas ko suh bini ko masak plak...