Wednesday, July 13, 2011

Siapa Lagi Cekap Memandu Kereta? Lelaki Atau Perempuan?


Kalau ditanya soalan ini semestinya aku akan jawab perempuan yang LEBIH CEKAP memandu kereta. Sebabnya, orang yang selalu nak langgar aku adalah pemandu lelaki. Memang selalu tak selamat aku rasa kalau mereka yang memandu. Terlebih had laju, memandu secara melulu, malas nak pakai tali pinggang keledar. Sangat bahaya!

Kami perempuan, mementingkan keselamatan. Masih lagi ikut peraturan jalan raya. Kalau lelaki, memandu macam pakai hemtam je. Bukan memikirkan keselamatan orang lain. Hanya keseronokan je. Ingat memandu di jalan raya ni macam main game Need For Speed Underground ke? Cheq baru je pakai kereta biasa, bukannya kereta sport. Nak drive sampai 200km/j.

Sikap macam itulah yang menaikkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Dan kebanyakkannya adalah pemandu lelaki. Itu yang dinamakan cekap? 

P/S : Emo sebab hampir dilanggar dengan pemandu lelaki hari ni. Pemandu tersebut memandu secara melulu tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Nasib tak berlanggar je...

6 comments:

Aujinz said...

lelaki ke pompuan ker same jer kalau tak reti ikut peraturan..

kereta aku kena sondol ngan pemandu perempuan..sebab masa tue dia tengah guna henpon..

kan?..

Halusinasi said...

haha, ni kes cuai ni.

yup, betul jugak tu. sama je lelaki atau perempuan. kalau tak reti patuh undang2 jalan raya, salah tetap salah...

Zero Designer™ said...

hahahaha aku selamber je naik perdana 200 km/h.. takcaye tgk facebook

http://www.facebook.com/photo.php?pid=2244169&l=1abd5ef9a4&id=1060705468

ngeeeee

man yusoef said...

sama jek kot...its not about gender, its about attitude...

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


sikap seseorg tu akan tentukan sebagus mana org tu dlm sesuatu bidang...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Halusinasi said...

man : setuju^^

Black Edge : waalaikumussalam... hurm, betul tu^^