Pages

Monday, June 20, 2011

Day Four : 10 Things You Want To Say To One Person


I want say this to my Mum. Tapi masih tak terkata melalui kata-kata. Tak punyai keberanian lagi.

1.     Ana minta maaf sebab selalu habiskan lipstik Mak masa kecik dulu. Teringin nak cantik macam Mak. Nak bibir merah macam Mak.

2.     Maafkan Ana sebab selalu mencuba-cuba baju Mak masa tak ada kat rumah. Baju-baju Mak cantik sangat-sangat. Hehe.

3.     Kadang-kala Ana selalu bebankan Mak dengan perangai Ana. Maafkan Ana, Mak

4.   Ana tak mampu banggakan Mak dengan pencapaian akademik Ana di sekolah dulu. Ana dah berusaha, tapi masih kekal di tempat yang sama. Ana tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, MRSM, Integrasi, Matrik. Ana setakat Politeknik je, Mak. Maafkan Ana ye Mak.

5.     Kalau Ana tertinggi suara kat Mak tanpa Ana sedar, Ana minta maaf sangat-sangat. Ana tak sengaja. Tak terniat di hati untuk lukakan hati Mak

6.     Ana cemburu Mak selalu lawat Lia kat UiTM Seri Iskandar. Sedangkan Ana di Perlis. Ana tahu, tempat belajar Ana jauh. Ana cemburu Mak Ayah kawan-kawan Ana selalu lawat anak-anak mereka kat situ. Bila Ana kat Penang nanti, jenguk-jenguk Ana tau. Ana tunggu!

7.     Selalu nak suruh Mak masak sebab Ana tahu masakan Ana tak sesedap masakan Mak. Sebab tu kadang kala, Ana malas masak. Hehe.

8.     Mak, doakan Ana dapat buat yang terbaik di USM nanti. Doakan Ana dapat kawan-kawan yang baik dan sentiasa dipelihara Allah SWT.

9.    Ana sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaan Mak dunia dan akhirat. Jaga kesihatan ye Mak!

10.  Jujurnya, Ana sayangkan Mak sangat-sangat!

8 comments:

kaizen said...

kirim salam kat mak yer...

Halusinasi said...

InsyaAllah^^

Kei Seichi said...

tengok ni mak ana, ana sayang sangat kat mak..hehe... =)

Halusinasi said...

alolo, tolong pesan kat Mak Ana yek?

Unknown said...

"Ana tunggu!" yang ni agak syahdu... T_____T


amy kat melaka ni pn fmly x dtg jenguk...jauh..selalu fmly jenguk adik y belajar kt muadzam n temerloh je sb dekat...

so, amy la kena dtg kt dorg..balik rumah jenguk dorg... :D

Unknown said...

xperlu la bgtau suma tu kt mak cukup la ngn beri kasih sayang.. :D

MIQA said...

Adorable post! <3 <3

Halusinasi said...

Cik Amy : samalah kita^^

saiazuan : hehe, bertul jugak tu^^

Miqa : tq^^