Pages

Wednesday, June 22, 2011

Day Five : 10 Wishes


Aku ada banyak hajat. Kadang-kala sampai aku terlupa apa yang aku hajatkan. Ini antara yang aku ingat :

1.   Dapat tunaikan Haji dalam 30 tahun lagi. Masih mengumpul duit ni. Selain itu, aku nak melancong ke tempat-tempat yang aku teringin nak jejak. Korea, Jepun, Belanda, China, UAE, Eropah. 

2.   Punyai kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga. Nak ada peluang itu untuk berbakti pada keluarga selagi boleh.

3.   Dapat mencapai cita-cita iaitu menjadi guru atau pensyarah. Nak buli murid-murid! Eh, bukan2. Mendidik  menjadi insan yang berjaya.

4.   Kahwin pada umur 27 tahun. Bersuamikan suami yang baik dan soleh. Ada 5 orang anak. InsyaAllah. Aku nak besarkan anak-anak dengan didikan yang sempurna. Tak kisah kahwin lambat, sebab banyak lagi target lain yang perlu dicapai.

5.   Menjadi jutawan. Kalau ada duit yang banyak, aku nak tolong keluarga aku. Tak mahu dibebani hutang. Boleh beli apa sahaja yang aku nak. 

6.   Nak kurus dan tinggi. Berat badan sekarang tak ideal langsung dengan ketinggian. Kalau dah kurus boleh pakai baju apa sahaja pun cantik. Kalau tinggi, dapat pakai seluar panjang elok. Tak perlu nak baiki pun. cemburu dengan pelakon Jepun yang kurus dan tinggi.

7.   Hilangkan semua parut dan jerawat di seluruh badan dan terutamanya muka. Dah lama alami masalah muka bermasalah sejak dari sekolah lagi. Pelbagai cara yang aku lakukan untuk dapatkan muka licin dan halus. Tapi masih tak dapat. 

8.   Kereta! Dan selalu menjadi kegemaran aku adalah MYVI dan Honda City. Berharap dapat kereta ini suatu hari nanti.

9.   Ingin temui insan seperti Syaoran. Kalaulah dia wujud di muka bumi ini, aku akan menjadi Sakura. (Akibat pengaruh anime Tsubasa Reservoir Chronicle)

10.  Dapat tunaikan semua hajat di atas!

7 comments:

Haikal Blank said...

hahahaha gua paling suka hajat ke sepuluh. ye, paling aku suka. HAHA

Halusinasi said...

haha...pulak da...

Unknown said...

gudluck :D

kaizen said...

nice!!!

Kei Seichi said...

banyaknye hajat die..hehe..cuba tunaikan yang termampu ye..slow2 pon xpe.. =)
hope u will get what u wish for..
*kalau tinggi sangat pon xleh, saya jelez..hehe*

Unknown said...

nak aminkan hajat no 10 je..sebab kalau y no 10 tu tercapai..maksudnye..semua hajat2 y lain pun tercapai........


heeeeeeeeehehe :)

Ghab Van Hal said...

aminnn!!:)