Wednesday, August 15, 2012

Kawan Datang dan Pergi~


Teringat kisah-kisah lama dengan kawan-kawan
Indah sungguh pertemuan
Tapi pahit juga perpisahan yang perlu dilalui

Bagaimana pula kalau kawan yang langsung tak ingat kita?
Pernah tak korang alami apa yang aku rasa ni?

Aku teringat masa aku graduate dari Poli dulu, aku contact dan hantar mesej
Tanya khabar, tanya datang tak masa hari konvo nanti?
Malangnya mesej tu tak dibalas, call pun tak jawab
Barulah aku tahu, mereka yang aku mesej tu tengah menghadapi peperiksaan akhir
Jadi tak boleh nak terasa sangat lah

Sekarang, alhamdulillah aku dah sambung pengajian peringkat ijazah, sama seperti mereka
Tapi bukan sama universiti
Aku di utara, mereka di selatan
Ntah macam mana, bila aku dan kawan baik aku, Farah (mengalami situasi sama dengan aku) selidik hal ni, barulah aku tahu mereka sudah berubah
Berubah kerana mereka dapat sambung pengajian berbanding kawan-kawan lain
Mereka menjadi angkuh dan sombong

Aku pernah komen post-post mereka di FB, malangnya telah dideletenya komen aku
Aku pernah tanya kawan-kawan lain (yang telah bekerja), adakah aku punyai salah
Kawan kata, aku baik, mana mungkin aku ada buat salah pada mereka
Aku pelik, cepatnya mereka berubah

Tak mengapalah kawan-kawan yang pernah mnjadi roomate aku dulu
Aku tetap diri aku, kau tetap menjadi kau
Aku tetap dianggap kolot dan comot
Kau pula dianggap hebat dan cun giler-giler

Bak kata orang lama, biarkan si luncai itu bersama labu-labunya. Biarkan, biarkan~~

2 comments:

Kei Seichi said...

xpe..saya jadi kawan baik awak sampai bila2 ok? =)

Halusinasi said...

tq awk^^