Thursday, July 12, 2012

Drama Ini Sangat Cliche~

Tak sangka hari ni episod akhir untuk drama Suri di TV3. Aku pun bukan ikut sangat cerita ni. Kalau on tv, aku akan tengok. Ni pun kebetulan je Mak yang on tv. Maka, dapatlah aku tengok episod terakhir cerita ni.

Terus terang aku cakap, aku cakap, pengakhiran cerita ni sangatlah biasa. Tak ada rasa thrill langsung. Boleh agak dah cerita ni macam mana endingnya. Watak jahat akan insaf saat akhir. Watak baik akan sentiasa baik, buatlah jahat kat dia, dia tetap baik, tak melawan langsung. Watak baik akan kahwin dengan orang baik jugak.



Aku lebih suka watak baik tapi dia melawan dengan orang yang jahat. Tak selalu menurut kata, tak lurus bendul sangat.

Korang rasa macam mana? Apa pendapat korang tentang drama Suri?

P/S : Itulah sebabnya aku lebih suka tengok anime~~


No comments: