Tuesday, July 10, 2012

Bukan Senang Jadi Cikgu

Baru-baru ni aku menghadiri Program Ad-Hoc Libat Sama Komuniti Universiti Sains Malaysia di Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, Tapah pada 6-8 Julai lepas. Di sana, aku berpeluang menjadi fasilitator dan mengendalikan program mengajar membuat blog. Jangan terkejut, kami mengajar anak-anak orang asli. Ya! Memang program ni sangat awesome! Anak-anak orang asli memang baik dan sporting. Tak seperti jangkaan aku yang mereka ni malu-malu nak belajar.

Program Ad-Hoc ni adalah program di mana warga USM bertemu dengan belia orang asli dan mengajar mereka menggunakan cara untuk menjual dan memasarkan barang secara online. Mereka akan diajar menangkap gambar barang dengan betul, menggunakan internet, mendaftar emel menggunakan Gmail, membuka akaun Facebook dan membuat blog. Bukan senang menjadi cikgu mengajar supaya mereka faham. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sekali.

Ketika slot cara menangkap gambar dengan betul.

Respon mereka? Mulanya memang mereka takut nak bertanya, lama kelamaan, mereka enjoy sepanjang program terbabit. Ada yang bertanya bila kami akan datang lagi ke sekolah mereka. Ada juga yang tak mahu lepaskan laptop semata-mata nak sambung main chatting di Facebook.

Selepas habis program pada hari Ahad, kami dikejutkan dengan hadiah dari Tok Batin dan PK1 SKBT. Durian dan petai! Sedap sangat-sangat duriannya. Sampai sekarang teringat kat durian yang berlemak tu. Bukan senang dapat makan free. Berbaloi-baloi. Alhamdulillah, ni rezeki namanya.

Kalau ada peluang, memang nak jumpa dengan mereka lagi^^

2 comments:

kaizen said...

doyan.... nyummy....

Halusinasi said...

tula, dpt gak mkn durian^^