Pages

Wednesday, September 14, 2011

Minggu Siswa Lestari di USM

Yeay!, aku sudah menjadi pelajar USM setelah mendaftar pada 6 September yang lepas. Hari yang aku nanti-nantikan telah tiba. Setelah mendaftar, aku diberi masa sehingga jam 4 petang untuk bersama dengan keluarga. Kemudian, aku akan menghadapi minggu orientasi. Minggu orientasi di USM ini dipanggil Minggu Siswa Lestari. Alhamdulillah sepanjang aku berada di sini, aku tak menghadapi sebarang masalah. Sepanjang minggu itu, aku hanya mengalami masalah sakit kaki kerana berjalan jauh dari desasiswa (kalau di Universiti di panggil kolej kediaman/hostel/asrama) ke dewan. Kaki pun melecet dah. Berjalan lebih jauh dari masa aku belajar kat PTSS dulu. Dan inilah gambar-gambar sepanjang aku berada di sini.

Inilah dewan yang kami dengar taklimat, ceramah dan forum
Dewan Tunku Syed Putra, DTSP
Dan aku lebih banyak dari mendengar ceramah. Hehe


Ini semasa program Tanam Pokok
Nampak tak pakcik Mubarak Majid, pelakon tu
Dia pun pelajar kat sini jugak



Ini semasa makan malam di Desasiswa Aman Damai
Sempena Minggu Siswa Lestari, Hari Raya dan Hari Kemerdekaan
Makanan semuanya sedap-sedap!

Setelah tamatnya Minggu Siswa Lestari pada 11 Sept, kami mula menjalani kehidupan sebagai pelajar di USM. Setiap hari ke kelas dengan menaiki bas. Rasa teruja bila nak naik bas, berebut-rebut, macam tak pernah naik bas pun ada. 

Kepada kawan-kawan yang baru mendaftar sebagai pelajar di Universiti, selamat menempuh kehidupan sebagai pelajar! Jom sama-sama kita berjaya dalam pelajaran kita!

5 comments:

kaizen said...

selamat kembali ke alam pembelajaran!!!!

Cik Ros said...

selamat menjadi pelajar...

Halusinasi said...

kaizen & Ros : terima kasih!

Kei Seichi said...

belajar elok2.. =)
jangan asyek jalan je..hehe

Halusinasi said...

haha, minggu ni je dh byk jalan...