Pages

Saturday, August 6, 2011

Pengalaman Berpuasa Di Politeknik


Aku amat merindui zaman aku berpuasa dengan kawan-kawan dulu. Walaupun rasa letih pada mula-mula berpuasa, tapi lama kelamaan kami dah biasa dengan keletihan tu semua. Rasa macam kuat berbanding masa bukan bulan puasa. Seingat aku, Bazaar Ramadhan di Politeknik tu baru ada masa aku semester 3. Itu pun pada mulanya, student yang berniaga, lepas tu ada peniaga luar yang menjual makanan.  Memang terasa kemeriahan Ramadhan berbanding hari biasa.

Yang paling seronok tengok kawan-kawan bukan Islam join beli makanan. Tanya mana satu yang sedap. Ada juga yang cuba berpuasa. Kesian jugak tengok yang keletihan berpuasa. Ada yang tanya bila waktu berbuka, tak sabar nak berbuka gamaknya.

Teringat satu kisah dulu masa aku semester 5. Aku ke bilik kawanku yang berbangsa India. Nak tanya tentang assignment. Masa tu, dia tengah makan. Tergugat gak iman aku tengok dia makan. Tapi, nak dijadikan cerita, dia malu nak makan depan aku. Katanya tak baik makan depan orang yang berpuasa, tak hormat. Dia makan cepat-cepat semata-mata tak nak aku tengok. Aku tak kisah walaupun tengah lapar masa tu. Hehe. Lihat, bangsa lain pun tahu hormat agama kita.

Yang bukan sebangsa, seagama dengan kita pun mahu juga merasai kemeriahan Ramadhan. Tapi, yang seagama kita sendiri, ada yang tak reti berpuasa. Pergi ke restoran, kedai mamak, selamba je makan di bulan puasa. Memalukan sungguh. Bawa-bawa bertaubat la kalian...

4 comments:

Kei Seichi said...

betul2..meriah rasa puasa kat u dulu dengan kawan2...
tu la..org lain pon hormat kita yg tengah puasa, yg seagama sendiri pulak tak reti nak puasa..ape nak jadi la... -_-"

Halusinasi said...

tula pasal..ada pula yg amik kesempatan dengan merokok bila berpuasa...

Penyu said...

kenapa tak join makan je yana?

Halusinasi said...

tak mahulah...adat berpuasa, tahan jelah...