Pages

Monday, August 8, 2011

Menghitung Hari, Detik Demi Detik

Hari ini sudah 8 Ogos. Sekejap sudah seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kemeriahan bulan Ramadhan. Sebenarnya, aku bukan nak cakap tentang Ramadhan. Aku sebenarnya tengah menghitung hari untuk ke USM! Nampak benar tak sabar kan? Urut-urut hati ni, bawa bersabarlah banyak-banyak. Tak lama lagi je aku akan menjejakkan kaki ke USM. Mendaftar sebagai pelajar semula setelah setahun menganggur.

Setakat ini persiapan aku adalah memohon biasiswa, sijil-sijil dah photostat, alat tulis dah beli. Tinggal nak buat persiapan pakaian dan barang-barang je. Aha! Yuran pun tak bayar lagi. Hehe

Kira-kira kurang dari sebulan lagi aku akan bertolak ke USM. Tak lama je lagi aku akan menyibukkan diri semula. Jujurnya aku rindu masa-masa buat kerja berkumpulan dengan rakan-rakan, buat assignment, sertai aktiviti kokurikulum, pening kepala dengan kerja. Walaupun susah, tapi akhirnya aku dapat mengatasi semua halangan itu. Jadi, aku rasa nak ulangi semula semua kenangan tu dengan rakan-rakan baru plak.


Harap-harap dapat jumpa kawan yang sekepala dengan aku. Tak sabarnya! Yang paling penting, dapat jumpa kawan sekolah lama aku dulu. Syuhada, I miss U^^

P/S : Dapat tahu ada satu pensyarah tegas kat School Of Art, USM. Takotnyaaaa...

3 comments:

Kei Seichi said...

x sabar nak p UPM! =) hehe...

Halusinasi said...

cepat2 jom siapkan barang^^

Syamimi Fatin said...

welcome to usm! hehe