Pages

Tuesday, August 2, 2011

Indahnya Puasa Masa Kecik Dulu


Bila tengok adikku yang berumur 9 tahun ni berpuasa, teringat masa aku berpuasa dulu.

Aku mula berpuasa masa berumur 8 tahun. Setakat yang aku ingat, aku selalu jeles dengan adik aku yang muda setahun ni makan. Kalau nak makan, semua makan makan depan aku. Dah mengamuk marah pun, dia buat tak reti je makan depan aku. Aku rungsing, tak dapat nak fokus tonton tv. Asyik nampak dia makan je. Bila fokus kat makanan tu, dah jadi macam slow motion masuk dalam mulut dia. Nikmatnya dapat merasa makanan tu. Tak boleh jadi gak ni. Aku mengadu kat Mak. Mak kata, tinggal lagi beberapa jam je nak berbuka. Aku tak pedul gak. Kalau tak makan, aku jd rungsing. Mak tengok aku yang asyik garu-garu kepala ni, bagi aku kuih karipap. Yeay! Dapat jugak buka puasa.

Tapi, bila waktu berbuka, aku dengan adik tak boleh nak berbuka sama-sama dengan Mak, Abah, Atuk dan Opah. Mak kata kalau berbuka awal tak boleh makan sekali masa berbuka. Aku menangis sebab masa berbuka, makanan lagi sedap-sedap. Takkanlah Mak sanggup tengok anaknya menangis, Mak tetap jugak bagi aku makan masa tu.

Indahnya puasa masa kecik dulu. Tak macam sekarang. Banyak kenangan indah masa kecik yang tak dapat dilupakan....

Apa-apa pun, Selamat Menyambut Ramadhan bagi semua umat Islam. Puasa, jangan tak puasa.

6 comments:

kaizen said...

ahahaha same laa... tp buka senyap so leh join dorg buka... hahahaha

Halusinasi said...

tak baik berbuka senyap-senyap..hehe

K said...

selamat berbuka :)

p/s : masa kecik memang macam-macam perangai :P

Halusinasi said...

selamat berbuka sergeant!

roq said...

memang sangat best....jenguk2 lah blog saye...ade ak entry kartun pasal pose kecik2 :)

Halusinasi said...

haha, akan singgah nanti^^