Thursday, June 16, 2011

Mendandan Rambut Mak

Teringat lagi, masa kecil dulu, masa zaman kanak-kanak riang, masa umur 6 tahun, Mak selalu ikat rambut aku. Tocang dua, dandan lipan, tocang satu la. Tak pernah pun Mak merungut kalau aku minta Mak ikatkan rambut aku.

Hari ini, aku dandankan rambut Mak. Kata Mak, aku pandai buat dandan lipan. Aku buat sahaja. Teringat masa kecilku. Aku sebak, tapi aku tahan je. Rambut Mak yang dulu hitam makin memutih. Aku perhati satu persatu.

Walaupun rambut mak dah putih, Mak masih orang yang tercantik di dunia, Ana sayangkan mak sangat-sangat!

1 comment:

kaizen said...

sayangi mak sementara dia masih ada...