Saturday, June 25, 2011

Day Nine : 10 Ways To Win Your Heart


Cara-cara untuk memenangi hati aku? Wow, ada yang nak tahu ke ni? 

1.   Tak hipokrit langsung dan sempoi. Tak bermuka-muka. Jujur dengan aku. Kalau tak suka, cakap je tak suka. Kalau tak mahu, cakap je tak mahu. Tak perlu nak skema, jadilah diri yang sebenarnya. 

2.   Tak ego dan berlagak pandai dengan aku. Be intellect. Aku takkan pandang orang yang berlagak pandai ni. Buat apa? Cakap lebih tapi, tindakan langsung tak ada. Aku takkan respek pada orang macam ni. Nak pandang pun apatah lagi.

3.   Hormat akan orang tua. Yang ini sangat-sangat penting. Kalau tak beradab, tak sopan, aku akan cakap GOODBYE dan SELAMAT TINGGAL la yek.

4.   Sama minat dengan aku. Contohnya, aku minat anime. Boleh bertukar anime, boleh bercerita tentang anime yang disukai. Kalau tak minat yang sama pun takpe, sekurang-kurangnya hormat akan minat aku ini. Aku tak suka orang yang perlekehkan minat aku ni.

5.   Selalu buat aku ketawa, riang ria, tak rasa susah hati. Bagi aku senyum selalu. jadikan cinta itu sesuatu yang indah, bukannya sedih semata-mata.

6.   Mempunyai masa depan yang cerah. Pandai merancang masa hadapan. Tahu hala tuju yang ingin dicapai. Ada target dalam hidup. 

7.   Sentiasa berusaha untuk memenangi hati aku. Kalau sekadar diam dan tak pernah beritahu, perasaan suka itu takkan ke mana. Bagi hint yang membolehkan aku sedar yang kamu sukakan aku. Sebab aku sangat-sangat noob dengan orang yang sukakan aku. Kadang kala hint yang dibagi itu, aku tak nampak langsung. 

8.   Romantik. Bagi aku, romantik itu tak perlulah beri ros merah dan barang yang mahal-mahal. Cukuplah memberi aku kebahagiaan. Dengan kata-kata dan perbuatan dah cukup buat aku cair. Do care about me. 

9.   Be proud of me. Tell other people exactly who I am.

10.  Memahami dan menerima aku seadanya. Janganlah suruh aku bertukar jadi bukan-bukan. Aku bukanlah seperti Barbie Doll yang sangat cantik memakai segala jenis pakaian. Gaya aku sangat lain dengan gaya orang fashionista. Aku hanyalah Nordiyana Khairudin, just a simple girl. 

7 comments:

Kei Seichi said...

tips2 da diberi...kena gunakan ni..hehe..

kaizen said...

hint da ade tinggal nk tunaikn jerr...

Halusinasi said...

Kei : aik? suka plak dia..

kaizen : haa, cepat2 tunaikan...

noraini azhari said...

lepas ni ramai la boypren memikat :D

Nur Syafiqah Md Takiyudin said...

Mesti rmai yang take note lepasni! :D

kaizen said...

insya-Allah...

Halusinasi said...

noraini & syafiqah : hehe, harap2 adalah. InsyaAllah^^