Pages

Thursday, August 4, 2011

Petua Nak Surutkan Jerawat

Jerawat, masalah muka yang selalu dialami tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Aku pun tengah duk tension juga bila masalah ni berlaku pada aku. Kadang-kadang tu sapai berana pinak jerawat ni. Teruk benor dah rupa muka aku ni. Bila dah pakai produk tertentu bukannya makin surut, tapi makin bertambah pula. bila naik je yang besar-besar, terus je nak picit. Maka, tinggallah kesan parut yang bertambah memburukkan muka. Alhamdulillah, muka aku tak macam muka masa aku belajar dulu. Walaupun muka sekarang bukanlah flawless, tapi jerawat dh semakin berkurangan.

Ini gambar masa tahun lepas
Sila lihat pipi aku, jerawat tengah beranak pinak
Tak termasuk pipi kiri dan dahi lagi
Kiranya, gambar ni dapat cover lagi seluruh muka aku. Hehe

Dan inilah aku sekarang, setahun dah berlalu
Ok, aku faham, pipi aku dah bertambah bulat serta tembam. Hehe
Nampak tak perbezaannya?
Kalau ditelitikan muka ni, masih terdapat jerawat, tapi dah berkurangan

Disebabkan kulit muka yang cerah, kalau tumbuh jerawat, akan nampak kesan merah yang sangat ketara kat muka. Kulit muka berjerawat ternyata menyebabkan aku kurang berkeyakinan berdepan dengan orang lain. Kadang kala, aku sanggup jalan jauh kat laluan tak ramai orang semata-mata tak mahu orang lain tengok muka aku. Hehe.

Ok, ini tips aku untuk surutkan jerawat :

1.  Pakai produk yang bersesuaian dengan muka. Jangan salah pilih produk. Kalau muka naik jerawat banyak, cepat-cepat tukar produk lain. Macam kulit muka aku ni memang sangat sensitif, jadi aku tak boleh nak pakai produk muka yang berunsurkan susu. Ntah kenapa, mesti makin banyak naik jerawatnya. Parut pun susah nak hilang. Disebabkan kulit muka aku yang terlalu baik dengan jerawat, aku susah nak cari produk muka yang bersesuaian. Sekarang, aku hanya menggunakan Tia Amelia. Alhamdulillah, jerawat pun makin surut. Parut pun dah semakin menghilang. Malam-malam, muka akan kuning sebab pakai Krim Kunyit Tia Amelia. Hehe

2.  Pakai ubat/krim untuk surutkan jerawat. Contohnya, Oxy10 dan Oxy5. Tapi kulit muka aku tak sesuai nak pakai produk macam tu. Jadi aku gunakan Gel Tidact. Harga pun murah, RM12 je. Boleh didapati di farmasi. Dalam masa sehari je dah boleh surutkan jerawat. Fuh, tak payah nak picit jerawat dah. Tak perlu dah rasa risau kalau esok ada majlis penting untuk korang.

3.  Minum air masak banyak-banyak. Nescaya air dapat melembapkan muka secara semula jadi. Lagi satu, kebaikan minum air kosong adalah dapat mengurangkan sembap bawah mata. Jadi, muka akan lebih berseri. Jerawat pun boleh kurang gak.

4.  Selalukan membasuh muka. Jangan biarkan muka berminyak. Kalau terasa muka melekit, berpeluh, cepat-cepatlah basuh muka. Kalau tak, akan tumbuhlah jerawat comel lagi.


5.  Merajinkan diri untuk memanjakan muka. Kalau macam aku, aku akan biasakan diri untuk memakai mask macam Mask Garnier Pure ni. Pakai dalam masa 3 minit je. Kemudian bilas dengan air. Sangat mudah kan? Minyak-minyak kat muka akan tertanggal dengan sendiri. Masa pakai, memang terasa sauna kat muka, panas semacam je, tapi itulah zinc yang mengeluarkan minyak kat muka. Lepas bilas, muka akan terasa kering dan bersih sangat-sangat. Minyak pun tak ada. Yang paling best, muka menjadi sangat fresh! Kalau pandai jimat, Mask Garnier Pure boleh dipakai 4 kali. Sangat jimat!

Kenapa aku tak cuba produk yang bukan berasaskan kimia? Sebab muka aku tak sesuai kot. Berkemungkinan jerawat akan bertambah atau muka aku akan kekal macam tu je. Jadi aku akan pakai produk-produk di atas untuk mengurangkan jerawat naik.

Ini antara petua aku untuk surutkan jerawat. Diharapkan korang pun boleh mendapat manfaat dari tips di atas.

Kalau korang suka, sila tekan LIKE^^

24 comments:

najihahfara said...

ari tu ade gune oxy muke naik merah gile..adoi..jerawat mmg hilangla tapi x sesuai..
agak2 ade x care nak hilangkan tu huhu
nice sharing

Halusinasi said...

huhu, maksudnya memang tak sesuai la tu...mcm sy guna Tidact ni..muka tak merah pun...dalam masa satu hari je jerawat boleh surut^^

Muhamad Afiq Zulkefley said...

hmm adik aku guna Dalacin T... elok.. tp lepas jerawat hilang, kena stop pkai ubat tuh, tukar ke acne skin care yg biasa2 jer... tp ubat tuh mmg berkesan....

Halusinasi said...

gud info bob..^^

Cik Ros said...

saya sekarang pakai produk Safi dah lebih tiga tahun..Kulit tak de la licin sangat, tapi asalkan jerawat tak tumbuh banyak pun saya dah bersyukur sangat..

Halusinasi said...

Safi, produk paling lama kak guna sejak sekolah lagi...tapi, tak ada perubahan pun...

tomatokering said...

tia amilia mmg org kata bagus .. mmbe guna licin skit kulit dia.

kita guna mask tomato manual je buat sndrik..wuwuwuw

Halusinasi said...

kulit cik tomato memg cantik...suka tgk^^

kingMidas said...
This comment has been removed by the author.
Tuan Hijau said...

nice info..:D

Halusinasi said...

thankz angah^^

kakachan said...

mask tu bole guna 4 kali? macam mane tu. sori betanye, tak penah pakai mask. =D

Halusinasi said...

kakachan, mcm ni, krim tu banyak...sepaket, boleh guna smpai 2 kali.

krim tu lepas dh pakai kat muka 3 minit, trus je basuh...

Unknown said...

kna tunjuk kt adik ni.. muka dia slalu brjerawat

Si Rabun said...

saya dah guna macam-macam produk tapi jerawat still banyak. tapi itu dulu. sejak saya guna bedak sejuk jerawat mula surut. walaupun kulit tak cerah sangat n tak halus sengat.

Halusinasi said...

Saiazuan : harap tips ni berguna untuk adik kamu..

Si Rabun : um um, samalah dgn keadaan sy, kulit muka tak halus sgt..tak dpt kot muka flawless...

Anif Abdullah| AA said...

thanks eh.. tapi sy selalu guna oxy dan dalacin T.. kalau pembersih muka plak,produk nivea acne.. so ok gakla ^^

Penyu said...

penyu berjerawat bila hanya menegur muka yana berjerawat. auuww..

Halusinasi said...

auwww, bgs tu..perubahan baik pada muka fadil^^

Halusinasi said...

anif : most welcome^^..Dalacin T, Nivea Acne dan Oxy produk baik untuk jerawat...thats good for u^^

mie said...

tlg saya... sy dh guna mcm2, sejak dr sek pkai shurah, pas 2 ari 2 de pkai produk beli dlm on9 miracle, tp xmenjadi jugak, pas 2 try plak de'wajah, mcm xmenjadi gak, skang guna shurah smula, tp jerawat stay ade, help............

Halusinasi said...

kalau rasa byk produk yg dipakai tak bersesuaian, guna bedak sejuk. InsyaAllah boleh kurgkan jerawat

red bug said...

gel tidact tu sapu kat tempat jerawat je ke?

Unknown said...

Satu lagi tip, bangun tgh malam tahajjud, bangun subuh gi masjid dn bnykkn berwuduk. Insyaallah muka ajan nmpk seri hilang jerawat